Sistem Permohonan Menganjurkan Acara Mencari Harta Karun

April 25, 2017

SYARAT-SYARAT YANG MESTI DIPATUHI OLEH PIHAK PENGANJUR

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia Majlis Keselamatan Jalan Raya ( MKJR ) Malaysia SEBELUM 2 bulan ( 60 hari ) sebelum sesuatu acara dijalankan . Permohonan yang kurang 60 hari dari tarikh acara dijalankan akan DITOLAK dan Tidak akan di proses. Perubahan tarikh bagi acara yang akan dijalankan perlu diberitahu dua ( 2 ) minggu sebelum acara dijalankan. Sebarang permohonan yang tidak lengkap juga akan DITOLAK .
  2. Pihak Penganjur dikehendaki mengemukakan satu surat permohonan rasmi untuk acara mencari harta karun (treasure hunt) dan menyatakan nama dan nombor telefon 2 (dua) orang kakitangan daripada organisasi penganjur yang akan bertanggungjawab ke atas acara ini. Surat permohonan tersebut hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan ini (KJR HK1).
  3. Pihak penganjur dikehendaki membawa surat kebenaran asal yang dikeluarkan oleh pihak urus setia MKJR Malaysia dan salinannya perlu dibawa bersama oleh setiap kenderaan yang mengambil bahagian pada hari acara dijalankan.Surat kebenaran tersebut hendaklah dikemukakan apabila dikehendaki oleh Pegawai Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Malaysia , Kementerian Pengangkutan Malaysia , PDRM dan JPJ .
  4. Pihak penganjur dikehendaki menasihati peserta-peserta yang mengambil bahagian supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan mengutamakan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya;
  5. Penganjur acara tersebut tidak boleh menuntut ganti rugi (indemnity) daripada pihak Kerajaan Malaysia di atas sebarang tuntutan yang akan dituntut disebabkan oleh kemalangan dan kehilangan nyawa peserta-peserta dan pemandu;
  6. Kenderaan yang akan menyertai acara tersebut hendaklah didaftar dan dilesenkan mengikut kehendak-kehendak Seksyen-seksyen 5 dan 7 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen-seksyen serta Kaedah-kaedah berkaitan;
  7. Kenderaan-kenderaan yang akan menyertai acara tersebut hendaklah di dalam keadaan yang memuaskan (Road Worthy) dan mematuhi kehendak-kehendak serta Kaedah-kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959;
  8. Pemandu-pemandu kenderaan yang akan menyertai acara tersebut perlu memiliki lesen memandu yang sah mengikut kehendak-kehendak Seksyen 26 APJ 1987 dan Seksyen-seksyen serta Kaedah-kaedah yang berkaitan;
  9. Kenderaan-kenderaan yang berkenaan perlu diliputi dengan insurans mengikut kehendak-kehendak peruntukan di Bahagian IV APJ 1987;
  10. Jika sekiranya terdapat pemandu-pemandu/peserta-peserta luar negeri, maka pengelola harus diingatkan tentang kehendak-kehendak ″Motor Vehicle (International Circulation) Rules 1967″ yang dibuat sehubungan dengan kehendak Seksyen 21 APJ 1987;
  11. Segala langkah-langkah keselamatan dalam kawasan acara perlu mendapat nasihat dan persetujuan pihak Polis Di Raja Malaysia;
  12. Kebenaran juga perlu diperolehi dari pihak-pihak yang berkenaan sekiranya acara tersebut akan melalui jalan-jalan persendirian atau ladang; dan
  13. Semua jalan-jalan yang dilalui tidak boleh ditutup.
  14. Slogan BERHATI- HATI DI JALAN RAYA hendaklah dimasukkan pada setiap Pelekat, Banner dan sebagainya yang digunakan bagi acara ini.
  15. Logo Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Malaysia TIDAK DIBENARKAN untuk digunakan pada Pelekat, Banner dan sebagainya yang digunakan bagi acara ini.
  16. Para peserta hendaklah dilindungi insurans secara berkumpulan dan tuan dikendaki mengemukakan salinan perlindungan insurans berkumpulan kepada pihak Urus Setia TIGA ( 3 ) MINGGU sebelum program dijalankan.
  17. Pihak tuan adalah dinasihati supaya tidak mengadakan soalan-soalan mencari harta karun di sepanjang jalan lebuh raya kerana pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia tidak menggalakkan acara ini diadakan di lebuh raya atas sebab keselesaan dan keselamatan pengguna-pengguna lebuh raya memandangkan acara ini melibatkan pergerakan kenderaan secara konvoi.
  18. Penganjur hendaklah menjadikan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebagai rakan kongsi dan penasihat di dalam program dan aktiviti acara mencari harta karun (treasure hunt). Bagi maklumat lanjut sila hubungi kakitangan JKJR di Ibu Pejabat seperti di nombor telefon berikut :-
    JKJR Ibu Pejabat - 03 − 8323 8000 / 8001 / 8002 Pegawai yang bertanggungjawab adalah seperti dibawah:
    • Encik Khalid bin Din
    • Encik Abd Rahman bin Paimin
    • Puan Norazah binti Che Husin
    • Puan Nurul Huda binti Remali @ Ramli
  19. Pihak penganjur dikehendaki mengadakan satu slot sekurang-kurangnya 30 minit bagi taklimat keselamatan jalan raya oleh wakil daripada JKJR / JPJ / PDRM / MKJR dan diikuti bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya semasa taklimat program diadakan atau sebelum acara mencari harta karun (treasure hunt) dimulakan.
  20. Permohonan ini adalah PERCUMA dan tidak dikenakan sebarang bayaran, namun penganjur perlu mematuhi semua syarat yang di atas.

A PHP Error was encountered

Severity: Core Warning

Message: PHP Startup: SourceGuardian: Unable to initialize module Module compiled with module API=20090626 PHP compiled with module API=20100525 These options need to match

Filename: Unknown

Line Number: 0

Backtrace: